Tuesday 17 April 2018

Syarahan Bahasa Inggeris 2018



3 April 2018 - Muhd Afif Alaudin bin Azuha, 18 , telah memenangi syarahan Bahasa Inggeris di Maahad Yaakubiah Nipah, Bachok.

Dikir Watoni



14 Mac 2018 - Pertunjukkan Dikir Watoni Maahad Rantau Panjang.

Nasyid Perempuan Zon 4






18 April 2018 - Peserta nasyid perempuan Maahad Muhammadi Rantau Panjang telah mengharumkan nama sekolah dengan menyandang tempat pertama diikuti dengan Maahad Muhammadi Pasir Mas dengan mendapat tempat yang kedua dan tempat ketiga ialah SMU (A) Tarbiah Diniah To'uban.

Sukan Peringkat Negeri 2018





4-5 April 2018 -  Seramai empat orang pelajar dari Maahad Muhammadi Rantau Panjang iaitu Muhd Asyraf bin abd. Razak, 17 , Mohd Firdaus bin Suhaimi, 17 , Muhd Asyraf bin Mohd Zain, 18 , dan Muhd Raif Muzammil bin Abd. Rashid, 16 , telah mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak peringkat negeri dibawah anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan telah mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Ini turut menaikkan nama sekolah Maahad Muhammadi Rantau Panjang di peringkat negeri.

Saturday 14 April 2018

Syarahan Bahasa Arab 2018



12 April 2018 - Mahdi bin Mohamad Suhaimy, 17 , dan Muhd Firdaus bin Abdul Jalil, 14 , telah mengharumkan nama Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP) dengan pencapaian masing- masing mendapat naib johan dalam pertandingan syarahan bahasa arab peringkat zon 4 yang berlangsung di MMRP, turut disertai oleh beberapa buah sekolah yang berada di dalam zon tersebut.

Monday 9 April 2018

Kejohanan Taekwon-do Peringkat Negeri






10 April 2018 - Nur Arifah Aqilah Bt. Azhar, 14 , telah mengharumkan nama sekolah dengan penyertaannya dalam kejohanan seni beladiri Taekwon-do peringkat negeri Kelantan. Beliau telah mendapat tempat kedua sebanyak tiga kali berturut-turut. Beliau juga turut menyertai dalam kejohanan peringkat negeri Kelantan (Millenium Club) bertempat di Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu, Zon Pantai Timur (MTA) bertempat di Dewan Majlis Negeri Kelantan dan Piala Menteri Besar kali pertama -2017 bertempat di Dewan Jubli Perak.

Wednesday 4 April 2018

Banjir 2017


02 Januari 2017 - Hujan yang berterusan bermula dari beberapa hari yang lepas telah menyebabkan kenaikan paras air di Sungai Golok. Limpahan air Sungai Golok menyebabkan Pekan Rantau Panjang termasuklah MMRP dibanjiri air.