Wednesday 4 April 2018

Temasya Sukan Zon 4



Isnin 06 Mac 2017 - Satu Temasya Sukan Zon 4 telah diadakan bertempat di Maahad Muhammadi Rantau Panjang selaku Tuan rumah tempat Kejohanan. Seperti tahun tahun lepas kejohanan sukan ini disertai oleh empat kumpulan, iaitu kumpulan A, B, C dan D. Kumpulan A diwakili oleh Maahad Muhammadi Pasir Mas, Kumpulan B diwakili oleh Maahad Muhammadi Rnatu Panjang, SMUA Tahiriah Tasek dan SMUA Lubok Setol, Kumpulan C diwakili oleh SMUA Banggol Stol, SMUA Al Falah Siram, SMUA Rahmaniah, Repek, Maahad Tahfiz Asriah, Banggol Chica dan SMUA Diniah, Bongor manakala KUmpulan D diwakili oleh SMUA To'Uban, SMUA Diniah, Meranti, SMUA Darul Saadah, Batu Karang, SMUA Ismailiah, Binjai Manis dan SMUA Mardziah, Jabo.
Kejohanan Sukan pada kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Exco Tempatan, Belia dan Sukan En. Abdurrahman B Yunus mewakili Dato' Hj. Abdul Fattah b Mahmood yang tidak dapat hadir.Turut hadir ialah Yang Berhormat Ustaz Mohammad b Awang, Adun Gual Periok, Ustaz Izzuddin b Ahmad mewakili Pengarah Yayasan Islam Kelantan.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan A kerana telah dinobatkan selaku Juara keseluruhan Kejohanan. Tahniah juga kepada peserta-peserta kumpulan A,B,C dan D yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan mewujudkan suasana harmoni dikalangan pelajar. Tidak lupa juga kepada guru-guru, jurulatih-jurulatih dan pengurus-pengurus pasukan yang telah dapat memastikan kejohanan pada kali ini berjalan dengan lancar..

No comments:

Post a Comment